top of page

Nombor Talian Krisis: +6018 2 363 252

  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube
  • TikTok

Memahami Penderaan Seksual Kanak-kanak

Apakah ia, siapa yang terjejas, dan bagaimana mengenali tanda-tandanya

Penderaan seksual kanak-kanak berlaku apabila seseorang, sama ada muda atau tua, lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk kepuasan seksual mereka sendiri. Ia boleh melibatkan memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seksual. Penderaan seksual boleh bersifat fizikal atau lisan dan boleh merangkumi pelbagai tingkah laku seksual termasuk:


  •  Hubungan seks faraj atau dubur
  •  Memasukkan objek ke dalam faraj, mulut atau dubur
  •  Seks oral
  •  Melancap antara pendera dan kanak-kanak
  •  Mencium menggunakan lidah
  •  Menggalakkan atau memaksa kanak-kanak melacur
  •  Sentuhan seksual (membelai bahagian sulit, mengusap bahagian badan)
  •  Penggunaan kanak-kanak untuk penghasilan bahan lucah
  •  Eksibisionisme
  •  Voyeurisme
  •  Menggalakkan atau memaksa kanak-kanak melihat bahagian sulit badan atau menonton perbuatan seksual
  •  Panggilan telefon lucah

 Siapa yang mendera kanak-kanak?


 Pesalah seks boleh datang daripada sebarang profesion, agama atau latar belakang kaum. Mereka mungkin:

  •  Lelaki atau perempuan
  •  muda atau tua
  •  Kadangkala orang yang tidak dikenali tetapi biasanya seseorang yang dikenali atau rapat dengan mangsa
  •  Mereka sering kelihatan boleh dipercayai dan dihormati

 Siapakah yang mudah terdedah kepada penderaan seksual?


 Mana-mana kanak-kanak dari sebarang umur atau bangsa berpotensi menjadi mangsa penderaan seksual. Ia boleh berlaku dalam keluarga miskin, kelas menengah atau kaya. Penderaan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, kepada kanak-kanak yang berkemampuan atau kurang upaya.

 Menurut Akta Kanak-kanak 2001, 'kanak-kanak' dalam konteks ini merujuk kepada seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.


 Bagaimanakah saya akan tahu jika seorang kanak-kanak sedang didera secara seksual?


 Kesannya boleh berbeza-beza bergantung pada personaliti kanak-kanak dan tahap keterukan kejadian tersebut. Gejala mungkin tidak selalunya jelas, dan mungkin tiada perubahan tingkah laku, terutamanya jika kanak-kanak itu tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan terhadap mereka adalah penderaan seksual. Berikut mungkin menunjukkan bahawa seorang kanak-kanak sedang didera secara seksual:


  •  Enggan hadir ke sekolah atau menunjukkan prestasi buruk di sekolah
  •  Tingkah laku agresif atau cemas (contohnya: melarikan diri)
  •  Mimpi ngeri, masalah tidur, takut gelap
  •  Takut kepada orang atau tempat tertentu
  •  Memakai banyak lapisan pakaian
  •  Kecenderungan bunuh diri
  •  Harga diri yang rendah
  •  Kemurungan
  •  Gangguan makan
  •  Ketagihan dadah atau alkohol
  •  Kecederaan fizikal seperti luka dan lebam
  •  Tingkah laku seksual atau ketakutan terhadap seks
  •  Membiaskan katil atau menghisap ibu jari terutamanya pada kanak-kanak yang lebih besar
  •  Simptom fizikal seperti penyakit kelamin atau kehamilan
  •  Mengasingkan diri daripada aktiviti sosial yang biasa mereka lakukan

 Nota: Tidak semua kanak-kanak yang didera secara seksual menunjukkan simptom/tanda-tanda ini dan tidak semua kesan ini disebabkan oleh penderaan seksual.

bottom of page